KONGSI REZEKI BERSAMA XES SHOES

2021/05/06
KONGSI REZEKI BERSAMA XES SHOES
2.3 JUTA ORANG TAK DAPAT BERAYA AKIBAT TERKESAN DENGAN COVID-19 Dalam kita bersuka ria membuat persediaan menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi. Masih ada di antara kita yang sukar untuk mendapatkan rezeki walaupun sesuap nasi. Mereka terpaksa mengikat perut untuk berjimat. Tiada juadah istimewa untuk berbuka di hadapan mata akibat terkesan dengan pandemik Covid-19 ini. Kadangkala kita kena tahu bahawa setiap rezeki kita bukan semua milik kita. Mungkin 70% milik kita tetapi 30% milik orang lain. Cuma melalui kita, rezeki itu dikongsikan. Kerja amal kebajikan ini bukan hanya digerakkan oleh tokoh-tokoh kemanusiaan. Tetapi ia adalah tanggungjawab setiap lapisan masyarakat sama ada individu, badan-badan kerajaan dan korperasi swasta. Atas dasar keprihatinan dan kasih sayang, XES Shoes menggerakkan kempen Kongsi Rezeki Bersama XES Shoes untuk membantu mereka yang memerlukan. XES Shoes telah memberi sumbangan kepada golongan B40 dalam bentuk cek bernilai RM1,000, barangan dapur dan kasut untuk setiap ahli keluarga. Jadi marilah bersama-sama menyertai sukarelawan XES Shoes untuk meringankan beban hidup yang dihadapi oleh mereka yang terkesan dengan pandemik ini. Kita lakarkan senyuman di wajah mereka agar di Aidilfitri tahun ini, meja mereka meriah dengan juadah dan kuih raya serta merasa kasut raya baru.